Wednesday, May 14, 2008

BENGKEL TEKNIK MENGAJAR LEBIH BERKESANPPSMI TQE7 2008

Pada 10 Mei 2008 bersamaan 04 Jamadil Awal 1429, bertempat di Sek. Keb. Gemang, Jeli telah di adakan bengkel teknik mengajar lebih berkesan untuk guru-guru PPSMI. Bengkel ini juga telah menjemput guru-guru Bahasa Inggeris bersama. TQE7 dianggotai oleh 5 buah sekolah iaitu SK Legeh, SK Ayer Lanas, SK Gemang, SK Jeli 2 dan SK Pasir Dusun. Peserta-peserta telah mendaftar pada pukul 8.00 pagi. Bengkel ini dirasmikan oleh PPD Sains dan Matematik En. Husain Abd Ghani. Penceramah yang dijemput ialah dari UiTM Machang, En. Ramachandran a/l Theethapan. Tujuan bengkel ialah untuk keyakinan kendiri dalam menggunakan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains Matematik dan mengetahui kaedah-kaedah terkini dalam pembelajaran. Rasionalnya memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan ilmu dari sumber guru lain dan dari orang yang lebih pakar. Memperluaskan pengetahuan guru tentang subjek yang diajar. Peserta-peaserta terdiri dari 93 orang. Sk Jeli2 seramai 18 orang. SK Ayer Lanas 28 orang, SK Legeh 21 orang, SK Gemang 18 orang dan SK Pasir Dusun 8 orang. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 4.45 petang. Semuga bengkel yang berfaedah ini akan diadakan lagi oleh jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Pn Hjh Jamakyah . Selamat maju untuk TQE7.

Monday, May 5, 2008

KEM KECEMERLANGAN UPSR TQE7 2008.

TQE7, terdiri dari Sek. Keb. Legeh, Sek. Keb Ayer Lanas, Sek. Keb. Gemang, Sek. Keb. Jeli 2 dan Sek. Keb. Pasir Dusun telah mengadakan kem kecemerlangan UPSR bagi tahun 2008. Murid-murid tahun enam dari sekolah-sekolah ini telah menghadiri kem ini yang diadakan di Sek. Keb. Jeli 2 Perasmian telah dibuat oleh YB Dato' Hj Mustapha Mohamad, Ahli Parlimen Jeli /Menteri Pertanian Industri Dan Asas Tani. Subjek yang di tekankan di kem ini adalah Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Murid-murid dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk penyediaan bahan-bahan program, serta makanan dan minuman. Kem ini bermula pada 28 April, 2008, hari Sabtu pada pulul 8.00 pagi dan tamat pada 5.15 petang. Para pelajar tidak disediakan kenderaan. Kem ini berjalan dengan lancar. Semuga tahun ini lebih ramai lagi para pelajar dari TQE7 yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR berkat ketekunan para guru yang sanggup meninggalkan hari kelepasan mereka untuk menjayakan kem ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat.

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI PEMIMPIN PELAJAR (PENGAWAS)

Pada 23 hingga 24 April, 2008, bertempat di Pondok Moden, Bukit Nangka, Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan satu kursus kepimpinan. Kursus ini khas untuk pengawas sekolah, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Kursus kepimpinan dan pengurusan organisasi pemimpin pelajar ini bertujuan untuk mengembangkan dan memantapkan bakat kepimpinan yang ada pada para pelajar. Matlamatnya ialah untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, penyayang, berketrampilan, berpandangan jauh, berdaya saing, berkeupayaan capai kecemerlangan dan sejahtera diri serta memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Ia juga bertujuan untuk membantu ke arah pembentukan personaliti pemimpin yang sihat. Encik Ali bin Hussin, guru besar sekolah ialah penasihat program ini, yang dipengerusikan oleh Puan Morlia @ Saniah binti Yusuf. Manakala naib pengerusinya ialah Encik Mohd Foulzy bin Che Mohammed.Manakala ahli jawatan kuasa nya adalah dari kalangan guru-guru SKAL. Bersesuaian dengan temanya "Memperkasakan Pengawas Kepimpinan Gemilang Kelas Pertama, slot-slot yang di jalankan adalah bertepatan sekali. Antara tajuk slot itu ialah Hak dan tanggungjawab pemimpin oleh En. Rafiai Hj Seman, serta "Ciri-ciri Pemimpin Yang Berkualiti dan Cemerlang" oleh En Zulkifli Yakob. Tentatif program sangat padat. Tidak ketinggalan juga slot Qiamullai turut diadakan pada malam Jumaat.Para penceramah juga adalah hebat-hebat belaka. Mereka didatangkan khas dari SMKA Wataniah dan juga dari PPD, Jeli. Murid-murid kelihatan sungguh puas hati dan gembira. Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Penghargaan juga diberikan kepada Pengurusan Pondok Moden Bukit Nangka,Pihak AADK,Pihak Polis,SMKA Wataniah,Pengurusan SKAL,AJK PIBG SKAL,AJK program serta semua pihak yang terlibat.

Sunday, April 27, 2008

Sek. Keb. Ayer Lanas.

Sek. Keb. Ayer Lanas, is a primary school, situated in Jeli district. The school was built in 1957, after the independence of Malaysia. There are about 56 teachers, teaching here. The school buildings are very old except for computer laboratory, which is recently built. About eight hundred pupils are studying here. There are more or less, thirty-seven pupils in one class, out of 24 classes altogether.
Encik Ali bin Hussin, is the headmaster of the school. Sek. Keb. Ayer Lanas is one of the top ten schools in Jeli. Last year, 2007, there were twenty-eight pupils who scored 5As in UPSR. The teachers of the school and the pupils' parents worked together to achieve this result.

Tuesday, April 22, 2008

my self

This evening, I am starting a blog for my school. It is a new experience for me. I had learned this for two days on 20th to 22nd of April, at Kesedar Inn, Gua Musang. This course was organised by Jabatan Pendidikan Kelantan. Let me introduce myself. I am Hjh Nooraini bt Yaakob, a Kedahan. I am married to my beloved husband, Hj. Zakaria ab. Ghani, a Kelantanese. I started teaching in 1980 at a rural school, SK Kampung Bukit, Naka, Kedah, I followed my husband to Kelantan in 1983 and was posted to SK Gemang. After two years I moved to SK Ayer Lanas, until now I am still at this school. I love teaching here. I have ten children, six girls and four boys. The eldest and the second are working now, after graduating from UITM and IIUM The third and the fourth, both girls are at IIUM now. The fifth daughter is at UNIMAP. My sixth daughter is going to Pahang on the twelfth of April, 2008 for admittance at a Pahang matriculation. my seventh child is a boy, studying at Maahad Tahfiz Pulai Chondong in form Five. The next one is also aboy, in form four at Mahaad Al-Sabirin Ayer Lanas. The last two are a boy and a girl, in year six and year one. They are at SK Ayer Lanas. My husband is also a teacher a SK Legeh.