Wednesday, May 14, 2008

BENGKEL TEKNIK MENGAJAR LEBIH BERKESANPPSMI TQE7 2008

Pada 10 Mei 2008 bersamaan 04 Jamadil Awal 1429, bertempat di Sek. Keb. Gemang, Jeli telah di adakan bengkel teknik mengajar lebih berkesan untuk guru-guru PPSMI. Bengkel ini juga telah menjemput guru-guru Bahasa Inggeris bersama. TQE7 dianggotai oleh 5 buah sekolah iaitu SK Legeh, SK Ayer Lanas, SK Gemang, SK Jeli 2 dan SK Pasir Dusun. Peserta-peserta telah mendaftar pada pukul 8.00 pagi. Bengkel ini dirasmikan oleh PPD Sains dan Matematik En. Husain Abd Ghani. Penceramah yang dijemput ialah dari UiTM Machang, En. Ramachandran a/l Theethapan. Tujuan bengkel ialah untuk keyakinan kendiri dalam menggunakan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains Matematik dan mengetahui kaedah-kaedah terkini dalam pembelajaran. Rasionalnya memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan ilmu dari sumber guru lain dan dari orang yang lebih pakar. Memperluaskan pengetahuan guru tentang subjek yang diajar. Peserta-peaserta terdiri dari 93 orang. Sk Jeli2 seramai 18 orang. SK Ayer Lanas 28 orang, SK Legeh 21 orang, SK Gemang 18 orang dan SK Pasir Dusun 8 orang. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 4.45 petang. Semuga bengkel yang berfaedah ini akan diadakan lagi oleh jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Pn Hjh Jamakyah . Selamat maju untuk TQE7.

1 comment:

kak mah said...

salamz...tumpang tanya..ada tak cikgu bernama noraini hussein di sk ayer lanas?