Monday, May 5, 2008

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI PEMIMPIN PELAJAR (PENGAWAS)

Pada 23 hingga 24 April, 2008, bertempat di Pondok Moden, Bukit Nangka, Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan satu kursus kepimpinan. Kursus ini khas untuk pengawas sekolah, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Kursus kepimpinan dan pengurusan organisasi pemimpin pelajar ini bertujuan untuk mengembangkan dan memantapkan bakat kepimpinan yang ada pada para pelajar. Matlamatnya ialah untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, penyayang, berketrampilan, berpandangan jauh, berdaya saing, berkeupayaan capai kecemerlangan dan sejahtera diri serta memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Ia juga bertujuan untuk membantu ke arah pembentukan personaliti pemimpin yang sihat. Encik Ali bin Hussin, guru besar sekolah ialah penasihat program ini, yang dipengerusikan oleh Puan Morlia @ Saniah binti Yusuf. Manakala naib pengerusinya ialah Encik Mohd Foulzy bin Che Mohammed.Manakala ahli jawatan kuasa nya adalah dari kalangan guru-guru SKAL. Bersesuaian dengan temanya "Memperkasakan Pengawas Kepimpinan Gemilang Kelas Pertama, slot-slot yang di jalankan adalah bertepatan sekali. Antara tajuk slot itu ialah Hak dan tanggungjawab pemimpin oleh En. Rafiai Hj Seman, serta "Ciri-ciri Pemimpin Yang Berkualiti dan Cemerlang" oleh En Zulkifli Yakob. Tentatif program sangat padat. Tidak ketinggalan juga slot Qiamullai turut diadakan pada malam Jumaat.Para penceramah juga adalah hebat-hebat belaka. Mereka didatangkan khas dari SMKA Wataniah dan juga dari PPD, Jeli. Murid-murid kelihatan sungguh puas hati dan gembira. Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Penghargaan juga diberikan kepada Pengurusan Pondok Moden Bukit Nangka,Pihak AADK,Pihak Polis,SMKA Wataniah,Pengurusan SKAL,AJK PIBG SKAL,AJK program serta semua pihak yang terlibat.

No comments: